THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 21 Disember 2009

Anugerah Allah..

LELAKI & WANITA KELEBIHAN ANUGERAH ALLAH

Allah Maha bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasangan ;
lelaki dan wanita, bumi dan langit, matahari dan bulan,
begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam
yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah.
Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita
bersifat lembut dengan nisbah 1/10 akal dan 9/10 malu.
Atas akal inilah, Allah jadikan kaum lelaki
sebagai penjaga kaum wanita.
Begitu juga dalam apa masalah, Allah menyamakan dua wanita
dengan satu lelaki ; contoh dalam penyaksian.
Walaupun kurang akal, namun wanita ada sifat malu.
Kerana ada malulah wanita dipandang mulia.
Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini.
Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka
mempunyai akal tang dapat memikirkan kesan
dan sebab akibat sesuatu perkara.
Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.
Begitulah kebijaksanaan Allah utk menjaga keharmonian alam.
Namun kini apa yg telah terjadi..?
Wanita sudah tidak ada malu lagi ; bebas bergaul tanpa batas,
bebas keluar hingga larut malam.
Manakala lelaki sudah tiada akal lagi, malah merosakkannya pula.
Fikirkanlah kesan buruk yg akan menimpa
masyarakat jika fitnah kejadian ini sudah diabaikan.
Wanita yg sepatutnya malu,sudah tiada malu lagi..
Lelaki yg sepatutnya berakal, sudah hilang akal mereka.
Perempuan dgn gejala dedah, Lelaki dgn gejala dadah!

0 ulasan: